بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Saya rasa saya nak reveal dan lebih kepada flashback macam mana saya mula suka membaca. Sejujurnya, saya bukanlah budak yang cepat membaca macam kebanyakan anak zaman sekarang ini. Jenuh juga mak ayah saya mengajar saya membaca dulu. Ingat lagi, mak abah siap beli bahan bantu mengajar untuk ajar saya membaca.
Permulaan saya suka membaca bila saya didedahkan dengan majalah Stormrider yang dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh sepupu lelaki saya masa saya kecil dulu. Saya lupa apa nama majalah tu setelah di alih bahasa.
👈Inilah majalah Stormriders tu tapi yang saya baca yang sudah di alih bahasa. (Sumber gambar : Google)
Alhamdulillah, mak abah sejak dulu suka melanggan suratkhabar Utusan Malaysia. Jadi, sedikit sebanyak saya baca juga suratkhabar terutama bahagian siaran televisyen, siap hafal lagi cerita kegemaran pukul berapa dan chanel tv berapa. Hehehe
Kemudian, saya diperkenalkan dengan Majalah Gila-gila hasil karya Tuan Ujang, seterusnya majalah APO dan sewaktu dengannya. Masa ini, kalau ziarah ke rumah saudara mara atau kawan-kawan mak abah, bila ternampak majalah tersebut, semacam tarikan magnet, pasti boleh duduk diam menghadap majalah tersebut, sampai liat nak di ajak balik. Hahaha
Tapi di sekolah, saya dah mula berjinak-jinak dengan novel penyiasatan macam Siri Penyiasatan Nancy Drew, Enid Blyton dan sewaktu dengannya. Masa ini teringin jadi penyiasat pula sebab siri penyiasatan tu melibatkan kisah anak-anak sekolah yang menyiasat pelbagai kes.
Naik sekolah menengah, minat dah mula beralih kepada novel remaja, secara terperinci novel karya Tuan Ahadiat Akashah. Nak kata banyak cintan cintun, tak juga, tapi seingat saya lebih kepada kehidupan alam remaja. Masa ini saya lebih banyak saling bertukar dan pinjam daripada kawan-kawan. 👈Antara buku Tuan Ahadiat Akashah yang saya baca. Ruginya masa pindah dulu pergi bagi pada orang. Kalau tidak, boleh baca balik 😭(Sumber : Google)
Malangnya, saya mula perlahan aktif membaca bila saya di Tingkatan 4 dan berhenti membaca secara aktif apabila saya masuk ke alam bekerja sebab fokus pada keutamaan waktu itu. Walaupun saya berhenti membaca secara aktif, saya tetap support adik-adik saya dengan bawa dan belikan buku untuk mereka di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Sebelum berkahwin, gigih pandu kereta ke sana dan ada ketikanya bertabah naik LRT. Diakui sejak dulu lagi, memang PBAKL meriah lain macam dan nak ke sana, memerlukan tenaga luar biasa sebab kawasannya besar dan pelawatnya memang ramai.
Selain itu, saya juga gigih ke Big Bad Wolf (BBW) dengan adik-adik dan anak. Kononnya nak galakkan anak untuk minat membaca. Alhamdulillah, kena dengan umur dan minat anak, anak minat membaca cuma kena galakkan dan ingatkan selalu.
Alhamdulillah, semenjak berpindah ke kawasan baru, rezeki rumah dekat dengan perpustakaan. Bila saya memegang title fulltime housewife dan anak mula bersekolah, saya rasa perlunya saya mulakan balik minat membaca saya walaupun sibuk dengan tanggungjawab harian saya. Ada masa, memang tak dapat nak selit membaca terutama bila ada ahli keluarga yang kurang sihat ataupun ada tetamu. Tapi bila ada masa kelapangan, memang saya terus grab buku dan baca.
Selalunya saya membaca sewaktu menunggu anak balik sekolah dan nak tidurkan anak. Namun adakalanya tak sempat juga baca terutama bila kepenatan. Bila tak sempat membaca, saya usahakan untuk tidak terlalu lama tak membaca sebab rasa macam ada benda yang tak siap. Hihihi
Cuma sekarang ini saya lebih suka membaca buku berbentuk non-fiksyen seperti buku motivasi dan self-help. Faktor usia sangat mempengaruhi bacaan kita agaknya. Saya kadang baca juga novel seperti Siri Nirnama karya Tuan Hilal Asyraf, Siri Empayar dari Tuan Teme Abdullah, novel-novel karya Tuan Ramli Awang Mursyid (RAM) dan pelbagai lagi penulis, cuma bukan lagi penyiasatan macam zaman sekolah dulu la.
Bila mula membaca semula ni, saya nak share perjalanan membaca saya di blog ini. Walau pembaca blog ini mungkin tak ramai, semoga anak-anak saya membaca blog ini supaya mereka tahu ummi mereka ini pernah minat membaca dan semoga anak-anak juga minat membaca serta Allah rezekikan mereka membaca karya yang membantu perkembangan mereka menjadi hamba Allah yang lebih baik. Insya Allah.
Macam mana pula dengan perjalanan membaca kalian? Kalau ada buat posting, jom tepek link dekat komen post ini. Saya nak baca juga perjalanan kalian mula suka membaca 😉
Regards,
Siti Suka Baca (SSB)


Comments
Post a Comment