بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Haritu dalam grup suri membaca di Whatsapp, ada yang share gambar beliau ke Pustaka Raja Tun Uda di Shah Alam. Kalian dah pernah sampai ke sana?
Sumber grup Whatsapp
Saya belum berkesempatan lagi. Insya Allah, satu hari nanti sebab teringin juga nak sampai ke sana. Nampak menarik sangat. Apa yang pasti, bila ke sana, boleh rambang mata saya dibuatnya. Hahaha 😆
Sedangkan perpustakaan desa yang ada dekat sini pun dah rambang mata, kalau boleh nak pinjam semua buku, apatah lagi di perpustakaan besar. Tak mustahil boleh duduk berjam-jam kalau tak mengenangkan tanggungjawab lain. Hehe 😅
Begitulah seketul Siti yang suka baca. Kalau orang lain prefer healing di tepi pantai, saya prefer healing di perpustakaan sebab kalau healing di kedai buku, poket tebal seronok juga. Hihihi 🙊
Hujung bulan ni, buat pencinta buku, bolehlah healing di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di World Trade Centre Kuala Lumpur mulai 29 May hingga 7 Jun 2026. Di katakan ada 1,000 booth pelbagai penerbit buku di sana nanti. Semestinya meriah sebab kebetulan jatuh pada musim cuti sekolah.
Sumber Google
Anak-anak yang ada buat saving untuk ke PBAKL, set tarikh ni siap-siap. Ke situ lagi rambang mata sebab selalunya, buku memang ada diskaun yang banyak. Ada rezeki jumpalah nanti penulis kesukaan kalian. Boleh la minta tandatangan pada buku yang dibeli.
Yang paling penting, rancang perjalanan ke sana sebab for sure orang ramai dan pasti ramai juga yang ambil kenderaan awam sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas dan penat melayan jalan sesak. Selain itu, stamina kena jaga juga sebab banyak tempat nak jalan dan banyak booth nak singgah.
Jangan lupa bawa minuman dan makanan sikit sebab dah penat berjalan tu, pasti haus dan lapar, lagi-lagi yang bawa anak kecil supaya anak-anak enjoy dan tak meragam. Wah, banyak betul pesanan saya ek. Hehehe
Walau apa pun, tak kisahlah buku beli atau buku pinjam, yang penting kita membaca dan nikmati segala apa yang kita baca. Semoga apa yang kita baca, membantu diri kita berkembang menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. Insya Allah.
Happy reading everyone!
Regards,
Siti Suka Baca (SSB)





Comments
Post a Comment