Buku untuk mula minat membaca

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 


Baru-baru ini sewaktu saya ke perpustakaan, saya tertarik dengan buku ini : Projek Bibliofil - Melawan Mitos Bangsa Malas Membaca. Seakan tahu yang saya dalam fasa 'reading slump', bila baca tajuk buku ini, rasa macam, "Eh, aku bukan bangsa malas membaca ya". Nampak sangat macam kena cabar kan. Hahaha 😄

Bagi saya, kadang bukan malas membaca, tapi ada keutamaan lain yang perlukan perhatian kita lebih. Tambahan, bila sibuk dan kepenatan dengan urusan rumahtangga, mampu tengok kulit buku saja masa tu sebab tahu, kalau baca juga, pengakhirannya dalam mimpi. Begitulah saya. Hehehe 😅

Untuk yang baru nak mula membaca buku, boleh mulakan dengan buku ini. Yang menarik tentang buku ini, ada bahagian kuiz yang boleh buat kita lebih kenal diri kita dalam dunia buku. Contoh di awal bab buku ini, ada kuiz untuk tahu kita berada dalam kategori pembaca mana dan saya rupanya dalam kategori pembaca universal, minat membaca pelbagai genre buku. Alhamdulillah.

Walaupun minat baca pelbagai genre buku, saya dapati saya lebih minat membaca perkara yang saya perlukan waktu itu ataupun yang ada rekomendasi menarik daripada pihak yang boleh dipercayai. Senang cerita ikut mood waktu itu dan juga kemampuan membaca. Sebab kadang bila ada kekangan macam balik kampung, memang terabai sikit bacaan saya.

Selain itu, penulis ada juga berkongsi jadual membaca sebab tak semua buku sesuai pada semua waktu. Contohnya waktu malam, penulis cadangkan untuk bacaan ringan macam fiksyen sebab badan dan fikiran sudah penat selesaikan urusan seharian, tapi perlu hadkan bacaan sebab kadang bila dah layan fiksyen, susah pula nak berhenti sebab nak tahu kisah seterusnya. Hehehe

Kalau rasa tercabar dengan tajuk buku (macam saya. Hehe), nak keluar dari fasa 'reading slump' atau baru nak pupuk minat membaca buku, bacalah buku ini sebagai permulaan. Ada banyak panduan dalam buku ini. Boleh dapatkan di sini 👉 https://s.shopee.com.my/6pxgjCUPpQ

Regards, 
Siti Suka Baca (SSB)

Comments