Selamat Datang Ke Blog Siti Suka Baca

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh 

http://sitisukabaca.blogspot.com

Alhamdulillah ala kulli haal. SELAMAT DATANG KE BLOG SITI SUKA BACA 💝.

Sebuah ruang kecil untuk cerita tentang buku dan ruang santai buat Muslimah jatuh cinta semula dengan membaca. Semoga ruang kecil ini juga dapat bantu ibu berehat, bernafas dan kembali kenal diri melalui buku.

Hi, Saya Siti atau boleh panggil SSB (singkatan kepada Siti Suka Baca 😉). Saya seorang anak, isteri dan ibu yang masih belajar tentang penat, luka serta kehilangan diri sendiri di sebalik kesibukan memenuhi tanggungjawab harian.

Walaubagaimanapun, blog SITI SUKA BACA ini lahir dari keinginan saya yang sangat sederhana iaitu nak ada satu ruang buat Muslimah, terutama saya sendiri berehat secara emosi.

Jadi, di blog ini, saya akan berkongsi tentang ulasan buku yang menjentik hati saya, refleksi diri versi pelbagai topi yang sedang saya pakai, tulisan healing, slow living, self love serta ayat-ayat buku yang buat kita rasa "aku tak keseorangan".

Namun, perlu diingatkan, blog ini diwujudkan bukan tentang kita menjadi Muslimah yang sempurna, tapi tentang menjadi Muslimah yang lebih jujur dengan perasaannya.

Kalau kalian datang ke sini dalam keadaan penat, rasa kosong, rasa tak cukup baik atau sekadar mencari sesuatu yang faham hati kalian, SELAMAT DATANG 😊.

Semoga ruang kecil ini membantu kita bangkit, sembuh, cantik luar dan dalam serta bijak bersama-sama; bak kata pepatah 'beauty with brain'💖.


Dari tuan tanah,
Siti Suka Baca (SSB)

Post a Comment

0 Comments